I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 20 Ogos 2009

::.ramadhan datang lagi.::

InsyaAllah ari Sabtu ni umat islam akan mula berpuasa. Baru td ak curi dengar radiO umah jiran ak, Encik Penyimpan Mohor Besar Raja-raja membuat pengumuman.Tahun ini masuk tahun ketiga ak berpuasa di TanjOng Malim a.k.a UPSI.Lepas je dengar kita akan puasa ari sabtu neyh ak cepat-cepat pasang target.Target ni tiap tahun-tahun ak buat dan tiap-tiap tahun akan GAGAL dengan jayanya..apadaaaaa.
Tapi ak yakin tahun ni ak mungkin tidak akan gagal.sebab ak rasa cam ak dah bertambah matang.Apa entah kaitan matang dengan isu neyh.hahaha.Apa target ak yekkk????

  • Ak tak nak mengumpat weyh!!target mula-mula tuh.*Nurul bebeh kita pakai tOpeng muka ari-ari yek*.Bukanla hobi ak suka mengumpat tapi kadang-kadang kalau tgOk benda atau lebih tepat lagi manusia yang sedikit pelik lalu mulut ini akan lancar berkata-kata.Jadi untuk puasa tahun ini ak JANJI akn senyOomm^-^ je kalau tengOk benda-benda ganjil.
  • Hurmm..pastu bab sOlat terawih plak.Bab ni ak lemah ckit.Awal-awal puasa ak la yang paling semangat nk terawih.Taun lepas 4 kali je ak sOlat terawih.aduyaiii malu2.Lepas bkk puasa mesti malas tu akan datang dengan sendiri.Jadi untuk tahun ni ak target ak dapat gandakan angka 4 tu jadi lebih daripada 10.InsyaAllah...sahabat-sahabatku yang berada di KHAR silalah bilang berapa kali muka ak akan berada di sana utk sOlat terawih dan bukannya melilau tak tentu pasal.*cikshushu sila bg tazkirah ckit pada sy ek psal bab ni*
  • SYAITAN dh kena ikat tapi ak selalu dk ikut amalan dia lagi waktu bulan puasa pOn.MEMBAZIR.Beli makanan mcm nak jamu 10 orang makan.Jadi tahun ni ak dah tak mahu ikut-ikut nafsu.Dah tua neyh takkan kek kaler-kaler yang ak dah tahu mmg tak sedap pOn ak balun nak beli jgk.Oh tidaak takkan berlaku lagi tahun ni.Amin ...
  • pe lagi yek..haaa yang ni pOn tiap-tiap tahun target.Mahu khatam Al-Quran.Bahagianya kalau tercapai target ni.Okey2.usaha.usaha.*nak khatam mcm mana la kalau asyik dk mengadap laptop*suara-suara nakal berbisik.hahaha.Jadi kamu laptOp jangan nak gOda-gOda ak yek;p
  • Bangun sahur=).tak silap ak tahun lepas 2 kali je ak bangun sahur pkul 4 pagi dan ambil keberkatan melewat-lewatkan waktu sahur.Selalunya ak akan makan sebelum tidur.Jadi tahun ni ak mahu rajin-rajin bangun sahur.Kawan-kawan silalah kejutkan saya bangun sahur yek.Rajin-rajinlah miskol tyme sahur.*Yang lelaki diutamakan.gataiii*.Heeee cepat je ak akan bkk mata.Hahaha.

Sebelum ak dh mula wat target yang tak lOgik, baik ak berhenti dulu.Tapi kan.kan.kan.kan tahun ni ari pertama puasa lagi ak dah kena makan maggi di kala matahari di atas kepala.wawawawa
:cry:
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA KAWAN-KAWAN YEK ^_^
P/S : JGN PUASA JE TAPI SOLAT ENTAH KE MANA(tiada unsur sindiran);p

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin