I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 31 Ogos 2009

~GURU BAHASA MELAYU PEMALAS?apekah?~

~Betulka ni guru bM pemalas.Ak sebagai bakal guru bM cukup terkesan dengan kenyataan ini.Apetah lagi mak dan ayahku juga cikgu bM dan mereka amatlah rajin sampai ak rasa banyak masa yang diluangkan di sekolah berbanding di rumah.Tapi kan waktu ak tingkatan 2 xsilap la.Cikgu bM ak sedikit tidak rajin.Selalu saja arahkan kami masuk perpustakaan dan mengadap buku-buku kat sana.Ak pantang masuk library mulalah bukak cerita pasal gOsip artis Malaysia.Sebab tu ak sayang kat cikgu bM ak waktu tu.

~Ak tengOk dak2 kelas ak yang lebih kurang 130 Orang tu rajinnnnn sangat-sangat!!Bagi saja tugasan minggu tu jugak siap.kan?kan?kan?hohoho
~Baik-baik sebelum ak dah mula mengarut jOm kita baca artikel ni yang senang-senang label guru bM ni pemalas.Klik kat sini yek.
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::1 Malaysia~rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

::sape-sape yang suka layan radiO di bawah naungan AMP cOntOhnya era,hitz,mYfm,thr dan bla2 mesti selalu dengar lagu yang dinyanyikan oleh DJ2 radiO mereka.DJ Dave dikecualikan.Okey sape mau layan lagu ni sambil tgOk VC diaorang jOm kita ushar Utubesenyumkenyit
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Ahad, 30 Ogos 2009

Perkataan bOmbastik untuk karangan

~gOOgle.gOOgle.gOOgle.jumpa la satu benda yang agak best yang bOley dikongsi.Perkataan BOMBASTIK!!!!!!Ak suka gak guna perkataan yang bajet cam best.kOnon-kOnon ak sOrang je tahu padahal dah belambak manusia tahusengihnampakgigi.

~Kat sini ada ada satu cth ayat-ayat bOmbastik.Nak masukkan dalam seni mengarang pOn dah xbOleh.kalau ak tahu awl kan best.msty ak akn dapat A bulat2 cam ibu mengandungsengihnampakgigi

Dalam menongkah pascamodenisme yang kian meningkat dari semasa ke semasa, tanah air kita hampir mencapai kecemerlangan yang selaras dengan negara maju lain bak aforisme yang acap kali diperkatakan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Walau bagaimanapun, gejala ponteng dalam kalangan modal insan kian meningkat kerana mereka sentiasa didedahkan dengan anasir-anasir barat. Tidak disangkal jua perkara sedemikian sering menjadi buah mulut di kedai kopi mahupun dewan parlimen. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa gejala ponteng sekolah akan mendatangkan impak negatif yang banyak kepada individu, masyarakat mahupun negara. Oleh itu, beberapa modus operandi dapat dipraktikkan dalam usaha membanteras gejala ponteng dalam kalangan modal insan dan dapat dikaitkan dengan slogan kata ‘Sifar Gejala Ponteng’

~kalau pelajar buat karangan camni,cikgu yang memeriksa kertas pon senyum je kan.InsyaAllah apabila kita bergelar pendidik nanti suh la pelajar buat karangan yang bOmbastik yea.*agk skema lak*

*kredit untuk info unit bahasa Melayu Semestian.

Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Sabtu, 29 Ogos 2009

::.Adikku belajar rajin-rajin yea=)

~fuh amat skema tajuk entri ak kali ni.patutnye ak mau tulis adikku ingat yea beli semua barang yang akak kamu pesan ni.hohohofs20.Tanggal 26hb aritu,ak dengan x berapa sampai hati telah pOnteng 4 kelas gara-gara mahu menghantar adikku untuk menyambung pelajaran ke Amerika a.k.a US.Kalau ikutkan ak memang mau pergi jugak,tp duit PTPTN ak tinggal 500 je lagi.xcukup2.Nak pegi Thailand pOn xlepasfs03Jadi ak hanya layak menghantar beliau ke lapangan terbang.Pergi lapangan terbang pOn dah kira ok bagi ak yang jakun ni.lawa yang amat KLIA dan ini adalah pertama kali ak sampai kat sana.Jakun tak ak?


~gambar tu ak dan adik ak(Shafiq) masa kecik.gambar ak masa kecik dah menunjukkan ak akan jadi seperti papan lapis apabila besar.Owh tidak seksi langsung.hak.hak.hak.okey apa yang pasti ak amat bangga dengan adik ak.Bangga je riak xde.alhamdulillah.Dia sejak kecik lagi dh pandai.Ak dapat lOmpat kelas waktu darjah tiga yang PTS tu dia pOn ikut lOmpat.tapi nasib baik waktu ak xdapat 5A UPSR 8A PMR dan 10 1A SPM dia pOn xikut dapat.Alhamdulillah shafiq selalu buat mama ngn ayah dan kami adik-beradik bangga dengan kamu.Dari PTS sampai la ke SPM tak pernah ada B dalam keputusan peperiksaan.Dari darjah 1 sampai darjah 6 sekali je xdapat nO.1.ak??sekali je kOt dapat nO.1.hehehe.*amat merendah diri ak*bagus2.
~yang ni lak gambar masa kat lapangan terbang.ak masih lagi tak puas hati nape dia tinggi lagi daripada ak.fikirSekarang pOketku hanya akan bergantung kepada duit PTPTN yang sOk lusa akan licin dan ayah ku tercinta.dulu waktu dia masih buat A-level dan ditanggung oleh petrOnas.ak suka wt ayat-ayat sedih untuk minta duit daripada dia.pastu dialog ak wajib berbunyi cam gni*kisah sebenar berlaku dlm dialek kelantan je*

kakyOng a.k.a aku: Fiq kakyOng makan megi je arini.duit dah xde.nak mnta ayah takutt
adik aku yg baik: kyOng nak bpe?
kakyOng a.k.a.aku:5o ley nnty kyOng bayar balik
adik ak yg baik:ok.nnty gua masukkan seratus.xpyh bayar r.kita kan geng.
kakyOng a.k.a ak:lOncat-lOncat cam tuuuttt

huhuhu.tapi x pe.itu dah tak penting sekarang yang penting tiap-tiap minggu ak akan bagi dia senarai barang yang ak mahu.hahahaha.ak mahu pOw dia idup-idup.setansiap sedia la kamuuuu..


~ini gambar terakhir kami sebagai satu keluarga.dak kecik yang baju putih dan biru gelap terkecuali.mereka sepupuku.Raya ni dah xdapat amik gambar sekeluarga dan kami 7 orang adik-beradiksedih.Tahun ni raya pertama tanpa dia.bolehlah ak makan lebih cikit.hehehe.Rumah juga akan sunyi tanpa petikan gitar.wawawawa nak nangis buat kali ke 27 dah ni.sape nak pasang langsir??sape nak main mercun??sape nak sepak a??aduyaiiii.Terasa betul raya tahun ni. Tapi tak pe teknologi ada.bukak je laptop.skype dan ym sedia membantu.huhuhu

~okeyla belajar betul-betul la kamu yek.ingat semua pesan mum dan ayah.Jangan nnty buat balik bini omputeh.ak tak mahu.ak BI hancurr.hohoho.Kalau jumpa nadal kat sana kim salam la yekk.cakap ak setia menunggu dia datang ke Malaysia.
~mama.ayah.kyOng.shaqir.shaqirah.syazwina.salsabila dan sabqi rindu fiq amat-amatsedihsedihsedih

tata*gambar xsempat rOtate*

p/s: Entri berkaitan PnP dan pendidikan akan menyusul kemudian.
p/s/s:Tugasan ak banyak lagi tapi nape ak sempat lagi main game?
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 27 Ogos 2009

::kejauhan::

~lepas cuti sy "update" ya*bM update=?*
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Isnin, 24 Ogos 2009

main silang kata lagi.jOmmm

~siapa-siapa yang mahu main silang kata.jOm main!!
permainan ni pOn leh jd bahan bantu mengajar gk.layannnn

Main yg ni dulu
Kalau rasa hebat.main yang ni plak
Kalau rasa lagi-lagi hebat main yang ni plak
:pompom::kiss:
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

.sOk sy RAJIN.

~arini ari paling malas dalam sejarah idup ak sebagai seorang pelajar~
~2 kelas ak pOnteng dengan tak berhati perOot~
~kalau ayah ak tahu mesti dah kena sebat neyhfs29~
~naseb dia tak pandai bkk2 blOg neyh~
~sOk ak JANJI akan jadi rajin~*arp2*

Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Ahad, 23 Ogos 2009

Permainan menarik untuk PnP.jOm layan

~tadi sy dk asyik meng"google" dan terjumpa satu permainan menarik yang kita boleh jadikan satu bahan bantu mengajar kelak.Permainan ni bley tahan best walaupun agak ringkas.Huruf G gagal saya temui walaupun hidungku ini telah mencium desktOp.Kamu semua bOley cuba permainan ini dan selamat mencium desktOp masing-masingcium.
~Klik sini jika ingin main ye

p/s: aisehh sOpan lak apabila gunakan KGN 1-saya:look:
p/s/s: kalau nak kOngsi apa2 pasal PnP bM aku guna saya yek.hahahafs27
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::Muat turun lagu tema hari guru.

~Kepada kawan-kawan yang masih belum tahu dan ada lagu tema hari guru pada tahun ini, anda boleh la memuat turun dengan seberapa pantas yang anda bOlehsengihnampakgigi

Klik pada tajuk lagu-Guru Pembina Negara Bangsa
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.selamat ari lahir=)


~untuk sahabatku yang paling baik di atas muka bumi ini,ku ucapkan selamat hari lahir yang ke 22.SAHABAT SAMPAT MATI YEK.

Get Your Graphics Here
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.jOm main teka siLang kata.beshh weyhh!!

Tekan sini yek kalau mau main
:wink:
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.fuh.fuh arap-arap menang.::

RAFAEL NADALlovepeluk
VS
NOVAK DJOKOVIC

Cincinnati Open





Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Sabtu, 22 Ogos 2009

RAMAI GURU SAKIT JIWA???

Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan. "Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru. "Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan. "Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT KRITIKAL


MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain. “Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru. Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan. “Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. “Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian. “Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

~DIPETIK DARIPADA KOSMO~22 MAC 09


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Jumaat, 21 Ogos 2009

~PEDAGOGI~KOMSAS

::Memandangkan tujuan blOg ini dibina sebagai medium untuk kami pelajar AT 05 berkongsi serta bertukar maklumat mengenai bM.Jadi untuk entri kali ini saya ingin berkOngsi dengan kawan-kawan satu mikrOteaching yang telah saya dan ahli kump.saya(Nurul,Ciksue,tasya dan kak Ma) bina pada semester lepas.Untuk permulaannya anda bOleh donlod*tak tahu dalam bM sebut pe* power pOint di sebelah atau di bawah


KOMSAS TINGKATAN 4~PUSARAN
Anda bOleh sedut jika berminat yee..
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 20 Ogos 2009

::.ramadhan datang lagi.::

InsyaAllah ari Sabtu ni umat islam akan mula berpuasa. Baru td ak curi dengar radiO umah jiran ak, Encik Penyimpan Mohor Besar Raja-raja membuat pengumuman.Tahun ini masuk tahun ketiga ak berpuasa di TanjOng Malim a.k.a UPSI.Lepas je dengar kita akan puasa ari sabtu neyh ak cepat-cepat pasang target.Target ni tiap tahun-tahun ak buat dan tiap-tiap tahun akan GAGAL dengan jayanya..apadaaaaa.
Tapi ak yakin tahun ni ak mungkin tidak akan gagal.sebab ak rasa cam ak dah bertambah matang.Apa entah kaitan matang dengan isu neyh.hahaha.Apa target ak yekkk????

  • Ak tak nak mengumpat weyh!!target mula-mula tuh.*Nurul bebeh kita pakai tOpeng muka ari-ari yek*.Bukanla hobi ak suka mengumpat tapi kadang-kadang kalau tgOk benda atau lebih tepat lagi manusia yang sedikit pelik lalu mulut ini akan lancar berkata-kata.Jadi untuk puasa tahun ini ak JANJI akn senyOomm^-^ je kalau tengOk benda-benda ganjil.
  • Hurmm..pastu bab sOlat terawih plak.Bab ni ak lemah ckit.Awal-awal puasa ak la yang paling semangat nk terawih.Taun lepas 4 kali je ak sOlat terawih.aduyaiii malu2.Lepas bkk puasa mesti malas tu akan datang dengan sendiri.Jadi untuk tahun ni ak target ak dapat gandakan angka 4 tu jadi lebih daripada 10.InsyaAllah...sahabat-sahabatku yang berada di KHAR silalah bilang berapa kali muka ak akan berada di sana utk sOlat terawih dan bukannya melilau tak tentu pasal.*cikshushu sila bg tazkirah ckit pada sy ek psal bab ni*
  • SYAITAN dh kena ikat tapi ak selalu dk ikut amalan dia lagi waktu bulan puasa pOn.MEMBAZIR.Beli makanan mcm nak jamu 10 orang makan.Jadi tahun ni ak dah tak mahu ikut-ikut nafsu.Dah tua neyh takkan kek kaler-kaler yang ak dah tahu mmg tak sedap pOn ak balun nak beli jgk.Oh tidaak takkan berlaku lagi tahun ni.Amin ...
  • pe lagi yek..haaa yang ni pOn tiap-tiap tahun target.Mahu khatam Al-Quran.Bahagianya kalau tercapai target ni.Okey2.usaha.usaha.*nak khatam mcm mana la kalau asyik dk mengadap laptop*suara-suara nakal berbisik.hahaha.Jadi kamu laptOp jangan nak gOda-gOda ak yek;p
  • Bangun sahur=).tak silap ak tahun lepas 2 kali je ak bangun sahur pkul 4 pagi dan ambil keberkatan melewat-lewatkan waktu sahur.Selalunya ak akan makan sebelum tidur.Jadi tahun ni ak mahu rajin-rajin bangun sahur.Kawan-kawan silalah kejutkan saya bangun sahur yek.Rajin-rajinlah miskol tyme sahur.*Yang lelaki diutamakan.gataiii*.Heeee cepat je ak akan bkk mata.Hahaha.

Sebelum ak dh mula wat target yang tak lOgik, baik ak berhenti dulu.Tapi kan.kan.kan.kan tahun ni ari pertama puasa lagi ak dah kena makan maggi di kala matahari di atas kepala.wawawawa
:cry:
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA KAWAN-KAWAN YEK ^_^
P/S : JGN PUASA JE TAPI SOLAT ENTAH KE MANA(tiada unsur sindiran);p

Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Rabu, 19 Ogos 2009

::.cari kesalahan saya=)

entri hampir tengah malam ni diwujudkan untuk saja2 menyegarkan mata.jOm kita buktikan tak sia-sia kita belajar sintaksis=)




Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.ensemmnye kamu=)

chenta datang lagi^_^.
:kiss:
nape la kamu ni ensem sgt?.bergaya.mOden.ahhhh sungguh sempurna.
:smoke:
hurmm...aku mesti mula fikir perkataan-perkataan yang sOpan untuk mengurat kamu neyh.perkataan-perkataan yang sesuai untuk ckp pada ayah ak.arap-arap dia angguk je kepala tanpa buat kerutan kat dahi.amin....
:look:
InsyaAllah dua bulan lagi aku mahu peluk kamu SONY ERICSSON SATIO!!!hehehehe

:laugh:


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

RTM terus GAGAL memartabatkan bahasa Melayu


Nampaknya, tahap pencemaran bahasa Melayu oleh RTM sudah melampau. Sudah banyak kali teguran dan kritikan yang membina dikemukakan oleh pencinta bahasa Melayu. Ada antara kritikan itu yang diambil peduli oleh RTM, tetapi masih banyak yang tidak diambil kisah bahkan berterusan saja RTM sengaja melakukan kerosakan bahasa Melayu.Timbul pertanyaan kesangsian dalam hati kecil saya, "Siapakah sebenarnya yang memperlekeh dan tidak memuliakan bahasa ibunda kita, jauh sekali memartabatkannya?

Dalam kes yang terbaru, RTM telah dengan sewenang-wenangnya menukarkan istilah PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU yang sudah mapan sejak mula tertubuhnya The United Nations itu dengan istilah PERTUBUHAN BANGSA BERSATU. Kesengajaan ini terbukti apabila kita mengikuti berita media elektronik RTM pada waktu mutakhir ini.Apakah maknanya penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Bahasa dalam Media Penyiaran yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Penyiaran Malaysia, Yang Berhormat Dato' Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini? Adakah penubuhannya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja? Apakah program dan aktiviti yang sudah disusun untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa pemantauan berkenaan?

RTM berada di depan mata jawatankuasa pemantauan. Mustahil kelemahan RTM yang banyak dan ketara dari segi bahasa tidak disedari oeh jawatankuasa ini. Ataupun tiada siapa jua yang ambil cakna? Ataupun jawatankuasa ini tidak berwibawa? Saya sedia dipanggil oleh Jawatankuasa Pemantauan Bahasa dalam Media Penyiaran untuk saya dedahkan hasil pantauan saya sejak lebih daripada sepuluh tahun betapa bobroknya bahasa Melayu yang menjadi amalan media penyiaran di negara kita. Peruntukkan masa selama sekurang-kurangnya empat jam kepada saya.

Saya berani menegaskan bahawa 'dosa' kedua-dua orang menteri yang berkenaan kerana tiadanya initiatif yang intensif untuk mendaulatkan bahasa Melayu lebih besar daripada dosa kesalahan Sharifah Amani kerana tidak menggunakan bahasa Melayu ketika berucap ringkas sewaktu menerima anugerah gelaran Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM 19). Setinggi-tinggi pujian dan penghargaan saya sampaikan kepada Dr.Rais Yatim yang pada pengamatan saya merupakan menteri yang paling baik penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan menteri dan ahli parlimen Malaysia.

Syabas dan tahniah, Dr.Rais Yatim; tetapi ingin saya menyedarkan Dr.Rais bahawa masih banyak aspek tatabahasa bahasa Melayu yang wajib beliau pelajari dan fahami untuk beliau benar-benar menguasai bahasa Melayu pada tahap yang terbaik. Setakat ini, saya dapati teguran Dr.Rais hanya terhadap mereka yang menggunakan bahasa campur aduk atau bahasa rojak dan mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu.

Saya tercari-cari ke manakah menghilangnya Munsyi Dewan seramai 164 orang yang telah dilatih khusus oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menolong memartabatkan bahasa Melayu? Mengapakah semuanya menikus, membiarkan sahaja bahasa Meayu dilenyek-lenyek dengan hinanya? Atau memang mereka manusia yang tidak bertanggungjawab? Bagaimana pula dengan DBP sendiri? Saya berpendapat, DBP ketandusan idea untuk melaksanakan program mantap yang menjurus ke arah mercu ketinggian martabat bahasa Melayu. Saya tidak nampak pun dewasa ini ada seorang pendukung bahasa Melayu yang benar-benar disegani di DBP.

Pada fikiran saya, hanya Kementerian Pelajaran Malaysia yang berupaya dan berwibawa untuk menobatkan bahasa Melayu walaupun terpaksa mengambil masa yang lama. Lagipun, Kementerian Pelajaran yang menjadi punca ketidakpersisan bahasa Melayu ini wajib bertanggungjawab untuk mengembalikan kegemilangan dan kemurnian bahasa Meayu dan meletakkanya di tempatnya yang istimewa.Saya ada idea dan akal untuk saya salurkan kepada Kementerian Pelajaran. Saya amat yakin, idea saya (nanti) cukup ideal. Semoga maruah bahasa Melayu yang melambangkan maruah bangsa Melayu itu senantiasa terpelihara, insya-Allah.


*Dipetik dari HarakahDaily.net(sy berunsur bebas dari mana-mana fahaman POLITIK yeee)


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.2minggu berlalu.::

ak masih lagi BERHINGUS!!!
:cry:

byk kerja tergendala. asyik dk berguling2 je.pastu ZzzZzZz
:dizzy:
ak mahu sembuh cpt!!!semakin cpt ak sembuh semakin cptlah ak bley RONGGENG!!huahauahua

:pompom:
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Blog Widget by LinkWithin