I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 14 November 2009

::selamat tinggal bLOg=( ::

Salam.....

Hurmmm.tekad!!!aku sudah tekad.pasti.aku sudah pasti.Bahawasanya pada hari ini.hari Sabtu.hari minggu yang kejam kerana tiada siapa mahu menemankan aku ke pasar malamsedihsedihsedih.aku MAHU BERHENTI DARIPADA MENGGERAKKAN JARI AKU UNTUK MENULIS benda-benda merapu DI BLOG INI!!!!!keputusan adalah MUKTAMAD!!!!sebabnya?????????..................

...............................

...............................

................................

................................


aku@saya tidak mahu mencemarkan kedaulatan BAHASA MELAYU yang semakin hari semakin mekar menyubur di sanubari ini.Oleh yang demikian, aku@saya telah mengambil keputusan untuk hanya menggerakkan enam jari ini dengan menaip utusan-utusan yang berkaitan pengajaran bahasa Melayu dan semua perkara yang berkaitan dunia pendidikan.Namun begitu, disebabkan aku@saya bukannya 24jam boleh menjadi individu yang skema maka aku@saya telah gatal jari untuk membuka satu lagi blog.Blog tersebut akan menjadi tempat untuk aku@saya menunjukkan sisi lain kehidupanku selain daripada mengutus bahan-bahan ilmiah.


::jaaaaaaaaaaaappppppppp kjp je.yg ni je ak janji tulis singkat dan xberbahasa.susah dan sarat jugak mau tulis panjang2.tapi demi memperjuangkan bahasa Melayu ak akan mula menulis di blog ini TANPA menggunakan singakatan,rojakkan bahasa,menulis perkara2 yang xde kaitan dengan PnP BMdan bla.bla.bla.Ak sayang sama ini blog dan ak akan jadikan blog ini sbg medium untuk berkongsi apa sj mengenai pengajaran bM.walaupun mungkin ramai yg memperlekehkan blog picisan ini.ak tdk mahu amek pusing.yang penting ILMU MESTI DIKONGSI!

url untuk blog baruku akan menyusul selepas ini.mau hias lawa2.biarpun org ckp xlawa.Kepada semua pengikutku yang sudi mengikuti blog ini.anda juga dialu-alukan untuk menjadi pengikut di blog yang bakal menyusul.tak nak ikut pon xpe.kalau ikut dapat kiss tau.huahuahua.dan insyaAllah blog SAYA.JARI DAN BLOG ini tdk akan berkubur begitu sahaja.abes je exm ni ak akan mula mengutuskan perutusan baharu.baharu okey.bukan baru!!daaa~


"BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU"

post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 29 Oktober 2009

::.Perjuangan bahasa Melayu belum selesai.::

Sedutan ucapan Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim~

KITA bersyukur kerana masih berada dalam suasana dan tempoh Perayaan Bulan Bahasa Kebangsaan. Alhamdulillah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih berada di barisan hadapan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara Malaysia tercinta. Saya sendiri berasakan sebahagian nostalgia kempen bahasa lantaran saya juga pernah mengambil bahagian dalam beberapa program kempen Bulan Bahasa sejak 45 tahun lalu.

Sebagai guru bahasa di Maktab Perguruan Bahasa di Lembah Pantai pada 1964, saya masih ingat bagaimana kami dikerah menyertai kempen demi kempen Bahasa Kebangsaan di bawah bimbingan Tun Syed Nasir Ismail. Kami mengadakan ceramah, peraduan pidato, sajak patriot, penulisan rencana, cerpen dan novel. Pada 1964 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Akta No 32) baru setahun jagung dan peruntukan amat bersifat asas. Sejak itu akta penting itu dipinda empat kali, terakhir pada 1994.

Pagi ini, selepas luput 52 dua tahun Merdeka kita masih berada di DBP sambil mengulangi seruan lama, ungkapan lama dan mengamalkan perlakuan lama. Kita masih berkempen Bahasa Kebangsaan; kita masih mengeluarkan dengusan dan kadangkala kata perli dan sinis kenapa bahasa Melayu tak begitu dan tak begini. Kadangkala kita bersuara seolah-olah belum merdeka.

Sebenarnya kita pencinta dan pejuang bahasa sudah berjaya. Sudah ada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; sudah ada DBP dengan aktanya sendiri yang lebih perkasa dan lengkap; sudah ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yakni tahun lahirnya Malaysia. Sudah berjaya menyahkan PPSMI dan pelbagai kemajuan lain. Dan payung kuasa bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sedia terpampang pada Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

Saya menerima hakikat perjuangan bahasa Melayu kita belum selesai. Terlalu banyak hal dan perkara serta isu dan persoalan masih menghantui kita. Saya mengajak pejuang bahasa Melayu jangan bosan berjuang terus menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Sebenarnya tajuk bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan amat luas bidangnya. Ia bukan benda yang jika dilipat sekecil kuku. Ia adalah hal ehwal yang jika dibentang seluas alam. Justeru, jika alam yang hendak diterokai bersama, kita perlukan beberapa peralatan dan kaedah yang harus dipunyai setiap kali kita melaungkan bahasa jiwa bangsa.

Saya lega kerana pada 7 Oktober lalu, Jemaah Menteri membincang dan menghalusi beberapa perkara dan amalan seharus diberi tumpuan.

(a) Pertama Jemaah Menteri mengakui pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam Bahasa Kebangsaan termasuk ketika mengadakan mesyuarat rasmi yang menyaksikan anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan.

(b) Setiap kementerian dan agensi kerajaan digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan seluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.

(c) Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu khususnya oleh pihak swasta yang masih jauh kebelakangan dalam usaha penggunaan Bahasa Kebangsaan.

(d) Kabinet mengambil perhatian bahawa, mentang-mentang ada beberapa kerat warga asing di sesuatu forum atau persidangan diadakan dalam negeri, pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris.

(e) Diperhitungkan bagaimana Bahasa Kebangsaan kita boleh dijadikan sebagai saluran perpaduan dan komunikasi agar gagasan 1Malaysia lebih mudah dijayakan bersama oleh semua kaum.

(f) Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diarah menyusul semua isu dibangkitkan pada mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita negara bangsa dapat dijayakan.

Kesimpulannya kedua-dua kementerian itu kini ditugaskan supaya menyusul perkara berkenaan dan merealisasikan beberapa objektif dan matlamat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebenarnya. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya sedang meneliti keputusan Jemaah Menteri itu agar perjuangan Bahasa Kebangsaan kita tidak lagi dalam keadaan terumbang-ambing atau merayu-pilu setiap kali kita berusaha memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu dan penggalas gagasan 1Malaysia.

Malah satu daripada kejayaan melalui perjuangan gagasan 1Malaysia bergantung banyak kepada setakat mana warga Malaysia sendiri sanggup menghormati serta mengamalkan Bahasa Kebangsaan kita. Alhamdulillah, sekarang dengan dorongan kabinet itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dan saya akan bertungkus-lumus menggerakkerjakan langkah utama ke arah mengutuhkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan Bahasa Kebangsaan.

Pada saat ini pun saya amat sedar kontroversi PPSMI berkaitan tempoh pemberhentiannya; saya menggolongkan diri saya kepada kumpulan yang sangat mahukan PPSMI itu diganti secepat mungkin dengan aliran penggunaan bahasa Malaysia dalam pembelajaran Sains dan Matematik seluas mungkin sebagai bahasa ilmu, di samping mengalu-alukan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai subjek berasingan yang dipupuk terus-menerus dari awal persekolahan.

Kita harus menyebut kembali kelengkapan dan kaedah yang diperlukan. Kita perlu mengenal apa masalah pokok yang berada di tengah masyarakat Malaysia hari ini. Penelitian isu bahasa akan menunjukkan tidak kurang 10 perkara pokok yang kita perlu cari penyelesaian segera dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa Malaysia:

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan harus diterima sebagai alat utama nasional dan kenegaraan bagi membina negara bangsa yang paling berkesan. Semua sistem pembelajaran, komunikasi perdagangan, sosial dan politik harus mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan.

2. Pengistilahan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan bahasa Kebangsaan harus tidak dipertikaikan dari segi penggunaan bahasa kerana matlamat murninya ialah menyatukan, menghasilkan kekitaan bagi Malaysia, sekalipun penggunaan istilah bahasa Malaysia itu tiada dilazimkan dalam perundangan.

3. Pentingnya Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Bahasa ilmu tidak boleh diwujudkan hanya dengan laungan dan sebutan dasar. Kerja menterjemah buku ulung dunia harus diselenggara secara bersungguh-sungguh. Pelajar kita harus diajar bagaimana menjawab melalui bahasa huraian dan bukan melalui jawapan objektif dengan mengisi kotak soalan.

4. Kempen bahasa serta penulisan buku fiksyen dan bukan fiksyen harus melibatkan sebahagian besar warga penulis dari kalangan bukan Melayu supaya mereka berkemampuan mempengaruhi kaum masing-masing turut cergas dalam penulisan dan pembacaan buku bermutu.

5. Bahasa Melayu harus diupaya sebagai bahasa swasta terutama dalam bidang dagang dan kegiatan komersial; bidang perbankan, perundangan, insurans dan komunikasi formal secara lebih meluas.

6. Latihan pertuturan dan komunikasi tinggi harus diajar dan dipelajari secara profesional. Ia penting kerana tanpa keupayaan berhujah dan berkomunikasi dengan baik dan meyakinkan dalam bahasa Malaysia cita-cita tinggi Bahasa Kebangsaan tidak sampai jauh.

7. Penyebarluasan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia di kalangan negara Asean penting diberi perhitungan segera memandangkan penggunaan bahasa sama di Indonesia dan di beberapa wilayah Thailand dan Filipina.

8. Kerajaan dan swasta harus ada peta jalan bahasa Malaysia yang saling membantu di samping penggunaan bahasa Inggeris yang berupaya tinggi.

9. Membuang sikap kerendahan diri apabila berbahasa Melayu.

10. Negara kita harus mempunyai jurusan pembudayaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menarik yang bersifat wajib.

Marilah kita bersama menggunakan kunci yang sudah lama hilang atau dihilangkan itu untuk membuka lembaran dan vista baru tamadun di tanah air tercinta ini. Kunci itu ialah bahasa. Ia sudah diwujudkan sejak 1963 yakni seusia dengan Malaysia. Kali ini jika kita tidak juga mengerti bagaimana hendak cermin diri, kita akan dilupai zaman dan zuriat kita sendiri.

::sumber-BERITA HARIAN 291009::

post signature
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Rabu, 21 Oktober 2009

::http://efisyafiqah.blogspot.com::

~heeee maluuumalumalu.Terima kasih kepada pensyarah tersayang BMP 3033 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER Kolonel Hamid Awang krn sudi memilih blogku ini sebagai salah satu bLOg terbaeekk.terbaek ke??ntahlaa.bahasa banyak tunggang langgang.PepOn terima kasih yang tak terhingga ak ingin ucapkan kepada cikgu Hakim[blOg beliau] super seniOr kami yang sudi melayan karenah kami semua sepanjang berada di makmal kOmputer. Beliau banyak membantu kami dalam tugasan menyiapkan bLOg ini.[Skema punya ucapan.Ucapan ni dah lama ak buat sbb takut2 kena berucap.kah kah kah pOyO bukan?xla gurau ja]

~Macam Fauzi cakap semasa wt ucapan aritu.erkk ucapan yg kedua ea lepas tersalah teks ucapan.hahaha sumpah kelakar.tapi biasala mna da manusia sempurna....Petik sikit pe yang dia cakap......"diharapkan dengan kelahiran 130 bLog pelajar bM,kita semua dapat bertukar-tukar pendapat mengenai PnP bM sehinggalah kita mengajar kelak.bla...bla..bla....."Begitu juga harapan dari diriku.

~Hurmm ramai gak yang tanya ak dapat adiah apa..ak cakaplah cikgu Hamid bank in duit 500 ke dalam akaun bank ak.Tapi ramai yang tak percaya.Ak kan sentiasa serius dalam kehidupan ini.Jadi percayaalaahhhh.Opps tak lupa jugak kepada kawan-kawan yang ucapkan tahniah.trimass.muah2.hak3.geliii

[Terima kasih kepada tukang amik gambar ini..anda memang berbakat=).UPSI tolong tukar pintu itu.sedikit cacat ak melihatnya....]

:pompom:
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Isnin, 19 Oktober 2009

::laptOp agak tenat =( ::

~maaf la kalau tulisan di bLOg ini sudah lama tidak dikemaskini.laptOp ku sakit.kadang-kadang agak tenat.Dia akan menjadi keras cam air batu.Hati ak mendidih cam air panas.Kalau kesabaran ak ni amat tipis dah lama ak baling dari tingkat 3 umahku ini.Tapi pikir punya pikir kalau ak baling laptop neyh..camne ak nk main masak2 kat fesbuk.nak berkebun pOn xley.Jadi ak pOn batalkan niat itu.Kadang-kadang sebelum tidO ak berangan-angan jugak mau beli laptOp baru.Dapat yang sebijik macam nadia@buaya..eyh kuya pOn dh ok.Dell putih bersih.Lawa jugak.Tapi sape nak bagi??angan-angan boleylah..

~Walaupun hati mendidih tapi ak sayang gila2 sama ini laptOp.Dah banyak jasa dan sumbangan yang disumbangkan.Kalau pasal tugasan tak payah cakaplah.keybOard ni je yg paham betapa sakitnya dia setiap kali ak tergesa-gesa membuat tugasan di saat akhir.Maafkan ak ea sayang.nerdSkrin laptOp ak plak dah berbulan berbedak putih.Penuh dengan debu.hurmmm bukan ak tak mahu lap tapi tisu xde.Sok ak janji akan beli satu paket tisu dan buang bedak yang bertempek kat skrin neyh.Pastu pakaikan bedak maybeline cina lak.letak lipstik evOn jugak(tau eja AVON.kang ckp ak bodoh lak).Tetikus plak dah masuk 3 kali bertukar.mula2 dapat percuma.free gift tauke cina bagi tyme beli laptOp.Tak lawa langsung.Tapi masa tu baru sem 1.Guna jelah kan.Pastu rOsak sebab ak pOn x ingat kenapa.Beli plak yang baru masa sem3.Masa tu tengah gila dk men game.sebut je game apa.semua ak men.Zuma pejam mata pOn ak leh main skang neyh.Tapi tak akn lepas pentas(stage) satu laa.Rosak plak tetikus yang kedua.Sem neyh beli plak satu.Bajet mau guna untuk men game kat fesbuk.Alhamdulillah termakbul gak bajet tu.Licin je tetikus ak bergerak tuk men masak2 kat sana.Tapi yang mendidihnye asyik HANG!!!!!!!ahhh sabar sudah

~Kesimpulannya sebab tu la ak lama x kemaskini blOg sbb ak asyik buka fesbuk eyh tak2 laptOp ak selalu hang...Tapi sumpah ak amat sayang laptOp ak neyh sebab dia amat cunnn..heee~ daaaa

nnty saya letakla pasal PnP bahasa Melayu.Dah lama x mengOogle.


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 1 Oktober 2009

::.air mata darah??.::


Fenomena pelik remaja titis air mata darah

CALVINNO Inman, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon tidak mengenali satu sama lain, tetapi remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.

Inman, dari Tennessee, menjadi ‘mangsa’ terbaru masalah misteri itu dan penderitaannya itu menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan media antarabangsa, akhir bulan lalu.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan tidak dapat mengawal mengalirkan air mata darah sehingga tiga kali sehari dan berlanjutan selama 15 minit sehingga sejam!
etika ramai kagum dengan keadaan dirinya, tetapi tidak ramai yang menyedari masalah itu jelas mengganggu kehidupan Inman. Malah, beliau sering disindir rakan-rakannya yang melabelkannya sebagai kerasukan atau kesakitan setiap kali air mata darahnya mengalir.

“Kadang-kadang saya dapat rasakan ia keluar, sama seperti air mata. Saya berasakan mata saya berair. Kadang-kadang, mata saya terlalu sakit seolah-olah mahu tercabut,” katanya kepada stesen ABC News, baru-baru ini. Ibu Inman, Tammy Mynatt, yang bimbang dengan keadaan itu berkata, beliau sudah membawa anaknya menjalani pemeriksaan MRI, imbasan CAT dan ultra bunyi serta mengadakan temujanji dengan pakar. Sayangnya, di negara maju seperti Amerika sekali pun, tiada seorang doktor yang dapat mengenal pasti punca keadaan Inman. Malah golongan pakar perubatan turut bingung dengan keadaan itu.

Mynatt menceritakan detik-detik bagaimana beliau menghubungi talian 911 apabila kali pertama anaknya menitiskan air mata darah itu.

“Perkara paling menakutkan dalam hidup saya ialah apabila beliau memandang dan bertanya, ‘Mak, apakah saya akan mati?’ Pertanyaan itu amat menusuk hati kerana sebagai ibu saya cuma mampu memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Pakar Oftalmologi, Dr Rex Hamilton, berkata remaja itu mungkin menderita keadaan yang digelar Haemolacria atau ringkasnya ‘air mata darah.’

“Ia cuma perkataan menggambarkan manifestasi air mata darah. Ia tidak menyebut apa-apa mengenai puncanya dan terjadi satu dalam sejuta orang,” katanya.

Tidak kurang pula yang mengaitkan masalah itu dengan kecacatan saluran air mata dan ketumbuhan dalam otak, biarpun ia kekal andaian kerana tiada sebarang bukti perubatan bagi menyokongnya.

Apa yang pasti, keadaan Inman menyamai penderitaan ditanggung Rashida Khatoon, remaja dari Patna, di timur laut India. Seperti juga di Amerika, pakar perubatan India juga tidak mempunyai sebarang jawapan di atas penderitaan gadis itu.

“Saya tidak berasa sakit apabila titisan air mata darah itu keluar. Tetapi tergamam juga melihatkan air mata darah yang mengalir dan bukannya tangisan biasa,” kata Rashida.

Jika Inman dituduh kerasukan, Rashida sebaliknya dipandang mulia penganut Hindu yang menganggap dirinya satu keramat. Mereka sanggup ke rumahnya untuk mendapatkan restu serta memberi hadiah kepada Rashida dan keluarganya.

Seorang lagi remaja India, Twinkle Dwivedi, 13, pula kehilangan darah menerusi kulitnya, termasuk mata tanpa mengalami luka atau calar.

Malah dia terpaksa menjalani pemindahan darah apabila ia keluar menerusi mata, hidung, garis rambut, leher dan tapak kaki. Ada kalanya, keadaannya teruk apabila bangun dengan keseluruhan tubuhnya diselaputi darah kering. Penderitaan Dwivedi sebaliknya dipandang serong oleh penduduk kampung yang percayakan beliau disumpah dan menjerit kata-kata menghina gadis itu.

Keluarganya yang bimbang sudah mendapatkan bantuan daripada ramai doktor selain pemimpin agama pelbagai agama tetapi menemui jalan buntu.

“Saya amat terdesak untuk membantu anak saya. Kami tidak percayakan perkara tahyul tetapi amat terdesak. Kami sudah ke kuil, masjid, gereja tetapi tiada apa dapat menyembuhkan anak saya,” kata ibunya, Nandani, 42.

Pakar perubatan India kini percaya keadaan Dwivedi adalah versi teruk masalah platelet darah yang jarang berlaku dan tidak dapat mencari penawar.

Di Malaysia juga tidak terkecuali digemparkan berita hampir sama kira-kira 24 tahun lalu apabila akhbar melaporkan kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun, Yogalingam, dari Perak, mengeluarkan benang daripada matanya.

Selama hampir dua minggu, gumpalan benang berterusan keluar menerusi matanya yang memaksanya ditahan di hospital lebih 10 hari. Kesengsaraan Yogalingam bermula dengan rasa gatal dan sakit pada matanya terutama di kelopak mata kanan. Ibunya, Letchumi, yang cemas dengan keadaan itu segera membawa Yogalingam ke hospital Ipoh. Doktor menemui gumpalan hitam pekat di kelopak mata Yogalingam dan apabila ia dikeluarkan hasilnya amat membingungkan doktor kerana ia adalah seutas benang.

Menurut doktor yang merawatnya, lebih 80 gumpal benang ditarik daripada mata kanan kanak-kanak berkenaan dan panjangnya mencecah enam hingga lapan sentimeter. Ia terus menjadi misteri apabila kajian di Makmal Direktorat Kimia Jabatan Kesihatan Malaysia, mengesahkan benang asli itu daripada serat kapas.

Tidak kurang menariknya kejadian aneh pada 2007 mengenai kemampuan gadis Melaka, Siti Suhana Saadon, mengeluarkan beratus-ratus bebola kecil berbentuk kristal dan permata pelbagai warna menerusi ibu jari kirinya. Sekumpulan pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian, mengesyaki bebola kecil warna jernih seperti kristal, guli dan hirisan kaca yang keluar daripada ibu jari kaki kiri gadis berkenaan hasil tindak balas enzim dan toksik dalam tubuhnya.

Namakan ia apa saja - misteri, aneh atau pelik tetapi bagi umat Islam, keadaan itu tidak sepatutnya menghairankan sebaliknya menjadi sumber kekaguman kepada kebesaran kuasa Allah.

'Fenomena aneh tak dapat diterokai akal'

APAKAH mungkin kejadian air mata darah itu dibuat-buat? Atau mungkinkah ini disebabkan virus tertentu yang menyebabkan pendarahan berlaku?

Namun, bagi Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau bersetuju dengan pandangan pakar antarabangsa yang kejadian tangisan darah ini sememangnya satu misteri perubatan yang belum terungkai lagi, biarpun dunia menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi perubatan serba canggih.

Ini kerana hakikatnya, biar cerdik mana dan pencapaian manusia, masih ada bidang yang belum dapat diterokai kemampuan akal dan tinggal fenomena aneh yang tiada jawapannya.

“Secara jujurnya, saya katakan keadaan itu adalah satu misteri kerana saya tidak pernah berdepan perkara itu sepanjang 18 tahun menjadi pakar mata. Saya memandangnya sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

“Manusia, walaupun berkelayakan sebagai doktor tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Ilmu kita amat terbatas sedangkan kuasa-Nya tidak terhad.”

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berdepan pengalaman merawat pesakit menghidap masalah misteri ini, Dr Muhaya berkata, jika ada pun, ia membabitkan virus sakit mata.

“Kes pernah dikendalikan membabitkan air mata berwarna agak merah jambu yang disebabkan virus sakit mata. Simptomnya membabitkan mata bengkak dan membran yang apabila dibuang menyebabkan warna air mata berubah.

“Tetapi belum pernah saya berdepan dengan pesakit mengalirkan air mata darah. Jika pesakit menghadapi masalah platelet darah kurang sekalipun, pendarahan berlaku pada retina dan dia tidak akan mengalirkan air mata darah,” katanya.

Justeru, Dr Muhaya berkata, kejadian air mata darah itu sememangnya satu misteri.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan mengenai kes ini. Ia satu misteri bagi saya tetapi kita tidak boleh terus mengatakan ia dibuat-buat kerana keadaan itu mungkin satu petunjuk Allah SWT.

“Sekali lagi saya tegaskan kita manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad. Perkara seperti ini pun sudah cukup membingungkan kita,” katanya.

Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::apa kata anda.::


post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Selasa, 29 September 2009

::.Pelajar Tendang Guru.::

~apa kata anda????mmg kurang ajar budak 2 ekOr neyh!!sian cikgu tuu.ak rasa la kan kena tambah satu lagi kursus dalam subjek pendidikan kat UPSI neyh.Kursus kung fu ala2 kung fu Panda.hohohotumbuk




Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Ahad, 27 September 2009

::Nur yaa Kasihh.episod penuh Nur Kasih=)


hehehe siapa peminat tegar drama Nur Kasih yang mau tahu kesudahan drama ini bolehla membaca sinopsis drama ini yang telah dibocorkan!!!!Jom berendam air mata bersama-sama...bukak link ini yea [tekan sini]

post signature








Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 24 September 2009

::.kata ganda dalam versi hip-hop.::

waahh amat *cool* video ini!!insyaAllah kalau sudah rasmi bergelar cikgu.Ak pOn mahu hasilkan video cam gini.Baru terangguk-angguk kepala pelajar ak.hahaha.jOm layaannn






post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.Te amO.::


lagu best untuk minggu ini.layaannnn~ak suka Rihanna sbb dia manis.hahaha.Mahu muat turun lagu ini tanpa kuarkan duit??tekan sini yek[Rihana - Te Amo.mp3]

She says to me, I hear the pain in her voice
Then we danced underneath the candelabra she takes the lead
Thats when i saw it in her eyes its over

Chorus
Then she says te amo then she put her hand around me waist
I told her no,
She cries Te amo i told her im not gonna run away but let me go
My soul is crying, without asking why
I said te amo, wouldnt somebody tell me what she said
Dont it mean I love you
Think it means I love you
Dont it mean I love you

Te amo, te amo, shes scared to breathe
I hold her hand, i got no choice uhh
Pull me out on the beach, danced in the water, i start to leave
Shes begging me and asking why its over

Chorus
Then she says te amo then she put her hand around me waist
I told her no,
She cries Te amo i told her im not gonna run away, but let me go
My soul is crying, without asking why
I said te amo, wouldnt somebody tell me what she said
Dont it mean I love you
Think it means I love you
Dont it mean I love you
Think it means I love you

Then she says te amo then she put her hand around me waisI told her no,
She cries Te amo i told her im not gonna run away but let me go
My soul is crying, without asking why
I said te amo, wouldnt somebody tell me what she said
Dont it mean I love you
Think it means I love you
Dont it mean I love you
Dont it mean I love you
Think it means i love you

post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.BARU ATAU BAHARU??.::

salam 1 Malaysia.hahaha.saje je tulis camni sbb tadi ak baru je dengar kat TV 1,pembaca berita tu sebut salam 1 Malaysia.Pe ntah maksud salam 1 Malaysia.kompem2 xdapat pahala kan sebut salam camtu.okey2 malas mahu kOmen pasal tu.Hurmm tadi adik ak tanya ak,sebetul-betulnya rumah baru atau rumah baharu?Terkedu jap ak!!dia cakap kakyOng kan bakal cikgu bM.tak kan tak tau.Dalam hati ak neyh ak dah berkira-kira mau suruh dia tanya mama atau ayah ak.Tapi kalau ak suruh mesti adik ak akn cakap sOalan gitu pOn dah xley jawab mesti tak pernah dapat nO 1 dalam kelas neyh.Budak-budak bukannya tahu kat U mana da n0 1,nO 24,nO akhir neyh.Ak pOn cepat-cepat bagi alasan.Bukan alasan x mau jawab tapi alasan tunggu sekejap.Ak cakap jap ag kyOng terangkanla apa bezanya nak p basuh pinggan kejap.Nasib bek dia angguk kan je kepala dia.

Sambil2 ak basuh pinggan tu ak pOn imbas balik la muka Pn.Norliza iaitu pensyarah Sintaksis ak sem lepas.Baru.Baharu.Baru.Baharu.Baru.Bahulu.eh Baharu.Alhamdulillah ingatan ak masih kuat la jugak walaupOn seminggu sekali TERtelan semut.Ak terangkan kat adik ak dengan jayanya.sampai sesekali air liurku menyinggah mukanya.hahahaha pengOtOr!!Baiklah adikku udah tahu apa beza baru dengan baharu.Sekarang untuk mereka yang belum tahu apa bezanya ak bermurah hati untuk bagitau ea.

Baru dengan Baharu sebenarnya membawa makna yang berbeza.Baru merupakan golongan kata bantu manakala baharu termasuk dalam golongan kata adjektif.Kalau kita belek2 kamus bM-bI baru=just dan baharu=new.kat situ dah nampak bezanya kan?

Dalam erti kata lain,baru merujuk kepada tempoh masa.Kita lihat cth ayat ea

>>Rafael Nadal baru pulang beraya dari rumah saya

>>Saya dan dia baru sahaja berkenalan

Seterusnya,baharu pula merupakan kata adjektif yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu objek.Contohnya kereta baharu,rumah baharu, baju raya baharu.

Arap-arap kepada mereka yang belum tahu akan jadi tahu la ea perbezaan di antara baru dengan baharu neyh.Lepas-lepas ni dah la sebut atau tulis mahu beli baju baru.BAHARU!!ingat dan amalkan la ea.daaaa~


post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Ahad, 20 September 2009

::.Malam Raya=).::

~Assalamualaikum.hek3 bagi salam bertulis plak.biasa dalam hati je.Entri ini dibuat sementara menunggu perlawanan Real Madrid vs Xerez*Xerez??ak pon xtau kelab dr daerah mana neyh*.kelab ni baru masuk La Liga.x pemes langsung!!.Macam mana dengan raya kamu semua?gembira x?.oppss ak x mahu lagi cerita pasal hari raya sbb tajuk entri ni ialah MALAM RAYA.Lepas ja berbukak puasa tuk malam terakhir ramadhan kg ak dah jd cam kt Iraq.Tak berhenti bunyi mercun dari mercun bola yang dah lama ak berangan nak main sampailah bunga api seringgit 5 tuh.meriah weyhhh.Alhamdulillah la tahun ni dah tak jadi cam tahun lepas dan 2 tahun lepas.Waktu tu kami terpaksa bergelap di malam raya ekoran kabel elektrik terkena mercun.Ak suspek tu bukan perbuatan mercun roket sbb mercun roket yg ak pegang kat tangan je waktu nk main tu takkan bagi kesan kat kabel elektrik.Ni mesti kerja bapak mercun.Tahun ni ak dah pesan awal2 kat tok ketua kg ak jangan bagi budak2 ni main bapak mercun.

~Malam raya taun ni perasaannye lain la sikit.Sebab tahun ni kami adik beradik hanya berenam.Adik ak Shafiq beraya kat US la tahun neyh.Jadi kurangla sorang pembantu@hamba ak untuk kemas umah pada malam raya.hohoho.Tapi takpe lagi 5 tu pOn bleh arap gak.Perkenalkan 5 orang pekerja ak yang buat kerja dan yang tak buat kerja.senyumkenyit


Adik Abil yang paling rajin .Pekerja ku yang paling aktif dan x banyak sOngeh pada malam raya.Puasa penOh tahun neyh tuu.Ak dah bagi adiah sbb tu ak rasa dia rajin kOt.huhuhu.pepOn trimas sis.kyOng sayang dak Abil:kiss:

Dak 2 Orang ni pOn pekerja ak yang rajin jugak.Tapi ak tak sempat lak nak amik byk lagi gambar waktu *syif* mereka.Ampun ea.

Pekerja ak yang ni memang pemalas.Satu je kerja dia buat.isi minyak tanah dalam pelita ja.huhhh ak pOn bOley wat yang tuu.Makan ja banyak.Pastu asyik dk mengadap laptOp .Pandaii buat alasan dk berYM ngn abg Shafiq.Padahal dk men game.Xpe2 ak ampunkan sebab hari lahir dia jatuh pada hari raya tahun neyh.SELAMAT HARI LAHIR SHAQIR.Jangan mkn banyak sangat.Letih ak dk tengok asyik masuk bilik air ja.

opppss ak ada sorang lagi pekerja.mana eyh diaa.Kerja apa yang dia buat yek???

Oh menn!!dia sedang asyik menjahanamkan laptop ak.Asyik je dia ek.hehehe.yang ni pekerja ak yang paling muda dan yang paling rajin mengaturcarakan semua barang dalam umah.kejap dk sana barang tu.kejap pindah sini lak.Tapi xpelah dak kecik ni pon leh arap gak.waktu bulan puasa dialah peng*test* air paling cemerlang.Trimas dik Aqi.kyOng sayang Aqi banyak-banyak=)

Abis ak watpe plak malam raya?tak buat kerja langsung ke?mana boleh.ak rajin.Banyak kerja ak buat tapi malas nak bagitau.Tak baik membangga diri.Tuhan tak suka.hehehe.cun tak alasan???Okey2 Real dah nk mula main.arap2 menangla.Pertama kali ni ak tengOk perlawanan Real utk musim ni.daaa~

p/s: Shafiq jeleskah kamu?hahaha

post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.cari perkataan.::

okey dah lma tak masukkan entri berkaitan pnp bahasa.yang ni kuiz dalam bi.tapi xpelah kot,kuiz ini boley jugak menguji pemahaman dan ketajaman mata pelajar.kalau rsa nak main.main jelah.









post signature



p/s:halalkan jelah masuk dalam kategori pnp bm yek.
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.SELAMAT MERAIKAN HARI KEMENANGAN.::


Get Your Raya Card at PageCode.blogspot.com

selamat hari raya buat semua pengunjung blog ku ini.ampun maap diucapkan jika da tulisan ku yg mampu mengguris hati kalian.kutip duit byk2 ea=).mau masukkan gambar ak buat2 rajen tp laptop ak kat ats lak.nnty2 la masukkan.okey mau masuk dapur dulu abskan sisa2 makanan berbuka tadi+tolong la jugak mamaku sebelum dia mula membuka muloot.huhuhu.

post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Jumaat, 18 September 2009

::Namaku diambil Orang??.::

~Sebelum ak nak bercerita pasal tajuk entri kali ini ak mahu khabarkan bahawa pagi ni ak tak mO tidur!!sebabnya??ak terlampau teruja mau bersahur di rumah wat pertama kalinya sepanjang ramadhan tahun ini.Alhamdulillah pada hari ke 28 umat islam berpuasa,pg ini adalah hari pertama ak dapat bersahur bersama keluarga tercinta di rumah tersayang.hehehhe.Jadi ak buat keputusan tidak mahu melelapkan mata sebab apabila mata sudah terlelap ak akan susah utk dikejutkan.Pastu mulalah buat2 tolak2 pinggan.hahaha.sila jangan percaya.itu perangai masa kecik2 saja;p.Mahu tOntOn bOla pOn xde pg neyh.Mata sila sabar ea.lagi 4 jam kita mau bersahur.

~Tadi ak jalan-jalan kt bLog akak eryza.blOg dia memang gila best.hehehe.Pastu jumpa satu entri yang boleh buat ak sengih sOrang2 sampai kucing ak berkerut ja dahi pandang ak.*sebOk je kau kucing,pandai buat anak je.jaga haram xreti!!!*okey2 lupakan sal kucing.Ak mahu cerita pasal satu laman yang boleh mengesan sama ada nama samaran yang sering kita gunakan telah ada orang guna untuk laman sOsial yang len.Kiranya cam kamu semua mahu bukak akaun kat FB cOntOhnya dan mahu nama samaran kat FB sama kt FS.Kamu leh la periksa kOt2 nama tu dah ada makhluk tuhan paling seksi yang udah guna.Senang kan?.Okey bley cuba di sini

P/S: Alangkah bagusnye kalau ak p panaskan lauk atau masak nasik.Mesty senyum je pasni mama ak kan.Tapi........ak mahu mengadap laptOp lg.Agk2 ak pegi x jalankan tugas ak sbg anak pOmpuan??huhuhuhu
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 17 September 2009

::.BAHASA MELAYU PEMBAWA MALANG?.::

:what::what::what::what::what::what::what::what::what:


Dituduh menjadi punca pelajar lemah bahasa Inggeris MESKIPUN bahasa Melayu sudah dinobatkan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara ini mengikut undang-undang negara dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan, tetapi masih ada yang kelompok jaki dan menjadikannya sebagai punca rakyat Malaysia tidak menguasai bahasa Inggeris.

Akhbar The Star bertarikh 23 Jun dalam ruangan ‘Other News and Views’ memetik laporan dalam Nanyang Siang Pau yang menyatakan bahawa penguasaan bahasa Inggeris pelajar di negara ini merosot kerana bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.

Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, berkata kenyataan itu tidak munasabah kerana faktor penguasaan dalam sesuatu bahasa itu banyak bergantung kepada pelajar sendiri.

“Ini kenyataan nakal dan berniat menghina bahasa kebangsaan kerana tidak mungkin penguasaan bahasa Inggeris seseorang itu terganggu hanya disebabkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Saya yakin ada gerakan daripada kelompok tertentu yang mahu menafikan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” jelasnya.

Prof Teo yakin bahawa kecerdasan pelajar menjadi faktor utama dalam menentukan keupayaan pelajar menguasai banyak bahasa dan sekiranya diperkukuhkan lagi dengan inisiatif bersepadu daripada mereka, terbukti kelompok ini berjaya menguasai banyak bahasa dalam tempoh singkat.

“Lihat saja di kalangan pemimpin bukan Melayu yang bukan saja boleh berbahasa ibunda dengan baik, tetapi turut mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan cemerlang seperti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Ong Tee Keat,” ujarnya.

Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu, Raja Rajeswari Seetha Raman, pula berpendapat pemerkasaan penguasaan bahasa Melayu pelajar boleh dijayakan dengan mendedahkan mereka kepada maklumat kekayaan linguistik masyarakat pelbagai kaum di negara ini sejak dari peringkat sekolah rendah.

“Sistem pendidikan hari ini perlu diubah suai dengan mengangkat subjek kesusasteraan sebagai salah satu mata pelajaran teras bermula di sekolah rendah kerana ia mampu meningkatkan rasa cinta kepada negara dan salah untuk mengatakan bahasa Melayu mengurangkan minat pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau memetik kajian pakar psikolinguistik, Noah Chomsky yang menemukan fakta bahawa dalam otak manusia ada satu alat iaitu Peranti Pemerolehan Bahasa (LAD) yang dapat membantu individu menguasai pelbagai jenis bahasa sedari awal umur tiga tahun.

“Saya tidak setuju dengan pandangan sesetengah individu bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar negara ini berkurangan akibat bahasa Melayu, apalagi menggunakan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai hujah,” jelasnya.

Beliau yang cergas dalam deklamasi puisi, turut menegaskan bahawa penguasaan pelbagai bahasa seseorang adalah inisiatif dalam dirinya sendiri dapat membantu mereka menguasai banyak bahasa jika usaha ditumpukan bagi mencapai matlamat terbabit.

“Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu diangkat dan diiktiraf sebagai lingua franca di Nusantara dan pahlawan Melayu, Hang Tuah, menguasai sehingga 12 bahasa dunia. Ini membuktikan bahasa Melayu bukan punca seseorang itu lemah menguasai bahasa Inggeris,” tegasnya.

Sastera turut mendapat pengalaman pelajar Diploma Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka, Raja Nurashikin Raja Aziz, 19, dalam permasalahan penguasaan bahasa Inggeris dan beliau mengakui ada kebaikan dan keburukan jika sesuatu subjek itu diajar dalam bahasa Inggeris.

“Saya adalah generasi pertama yang belajar menggunakan bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik. Pada awalnya kami tidak dapat menguasainya dengan baik, tetapi selepas terdedah beberapa lama kepada perkara terbabit, kami akhirnya dapat menguasai secara berperingkat.

“Justeru saya tidak bersetuju dengan kenyataan sesetengah pihak bahawa kegagalan pelajar menguasai bahasa Inggeris disebabkan bahasa Melayu. Andaian berkenaan tidak tepat kerana manusia boleh menguasai pelbagai bahasa penting, tetapi ia perlu disertai dengan usaha selari dengan matlamat untuk mendapatkan ilmu,” katanya.

Justeru, apa yang lebih penting adalah kesedaran masyarakat Malaysia mengenai kepentingan menguasai bahasa Melayu dan mengenali akar umbi masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan tidak menjadi isu sekiranya sesuatu ilmu itu dipelajari dalam bahasa apa sekali pun, termasuk bahasa Melayu.


*BERITA HARIAN 17 SEPT*


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Selasa, 15 September 2009

::.JIKA AKU JATUH HATI.::

Ak bukan insan yang jiwang.tp perasaan syahdu xdapat dibendung taktala menOntOn video ni.tambah-tambah perasaan skang ni yang sudah tidak sabar mahu pulang beraya.Beg dah siap amik.Tinggal nak isi je lagi.Okey2 terus ke tujuan sebenar ea.Ak mahu sape-sape yang sedang asyik dilamun cinta terutama jiran katil ak neyh dan semua-semua la layan video neyh ea.Syahdu sangat.sape yang x rasa syahdu dijamin dia xde pakwe/makwe.hahahaha




P/S: Pukul 9 kang ak da kuiz.tp selamba je dk ngadap laptOp.Bajet ak bley jawab je.
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Ahad, 13 September 2009

::.Logo Hari Guru.::

~Sebelum ni entri pasal tema Hari Guru.Ni plak lOgO hari guru.
saat ini ak baru mengetahui kewujudan lOgO sempena Hari Guru ni...

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.Tema Hari Guru.::

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Sabtu, 12 September 2009

~85000 murid tak tahu membaca dan menulis??~

~waahh tgOk dari angka tu memang mengerikan.Sumber ini ak dapat dari surat khabar Berita Harian hari ni.Bagi sape-sape yang memang malas baca surat khabar ni sedikit petikan daripada akhbar tersebut:

Kementerian Pelajaran mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis, kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi.Sehubungan itu, katanya, kerajaan mensasarkan 85 peratus kanak-kanak mengikuti kelas prasekolah pada 2012 berbanding hanya 65 peratus sekarang. "Kementerian Pelajaran sedang berusaha mencapai sasaran 85 peratus itu dulu dan apabila ia menjadi kenyataan, kita akan meletakkan sasaran baru iaitu memastikan setiap kanak-kanak tidak kira di mana di seluruh negara, mendapat pendidikan prasekolah.

Bayangkanla apabila kita sudah secara rasmi bergelar guru,memang peritla nak mengajar pelajar yang tak tahu membaca ni.Memang memerlukan kesabaran tahap paling tinggi.Harap-arap Tuan pengetua kat sekolah yang bakal ak mengajar akan bagi ak kelas pertama la.Kena gOda sikit pengetua nnty.hahahaa.Ape daaa nak idup senang je.Kelas pertama ke kelas terakhir ke itu semua cabaran la kan.Sahut ja!!!

p/s:mak-mak kat umah tu yang xde keje.tolong-tolongla anak kenal abjad abc jgn dk bagi ank men pasir ja.

Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Jumaat, 11 September 2009

~TERIMA KASIH:)~

~Terima kasih kepada 50bloggers yang sudi menjadi pengikut kepada bLOg ku inifs07terutama untuk kawan-kawan AT05.Meh nak bagi upah sikittciumciumpeluk.Anda dijamin tak terpesong akidah apabila menjadi pengikut bLOg ini.hahahaha

~pOyO je.Orang len dah beratus-ratus,beribu-ribu fOllOwers xbising pOn*Mesti da yg ckp mcm ni kn*.ak baru 5o dah nk bising2.xpe lah ak bOsan sebenarnya dan jari ak ni gatal mau menulis.Jadi halalkan jelah yek.
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::.8 Tahun Berlalu.::

~Sedar atau tidak hari ini sudah genap 8 tahun selepas peristiwa 11September@9/11 yang telah mengOrbankan beribu-ribu nyawa.Masih segar dalam ingatan ak mOmen-mOmen semasa menyaksikan runtuhnya mercu tanda AS iaitu Word Trade Centre.Saksi kat tv je tapi waktu tu memang takut.Terbayang jika ak adalah salah seorang yang berada di dalam menara tu.Memang banyak impak yang timbul selepas peristiwa tu.Terutama buat masyarakat islam di seluruh dunia dan kt US senirik.Harap-arap adik ak kat sana dijauhkan daripada segala ancaman.


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Rabu, 9 September 2009

.....

~I am so glad you made it Rafa!!so happy he’s BACK !!!*Omputih sudey*amik balik nO.2 ranking=)tak sabar tunggu QF.tOuching gile waktu *McEnroe said Rafa we missed you so much the last few months!*siyess air mataku mengalir.huhuuhuhu
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::090909::

~saje je.cOmell je tarikh ni kan.biasanye tarikh lawa ramai la pilih utk kawen la,tu la ni la.
tp bulan2 puasa ni ramai ke pilih tarikh ni tuk kawen??sengihnampakgigiencem
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Blog Widget by LinkWithin