I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 29 Oktober 2009

::.Perjuangan bahasa Melayu belum selesai.::

Sedutan ucapan Menteri Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim~

KITA bersyukur kerana masih berada dalam suasana dan tempoh Perayaan Bulan Bahasa Kebangsaan. Alhamdulillah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih berada di barisan hadapan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara Malaysia tercinta. Saya sendiri berasakan sebahagian nostalgia kempen bahasa lantaran saya juga pernah mengambil bahagian dalam beberapa program kempen Bulan Bahasa sejak 45 tahun lalu.

Sebagai guru bahasa di Maktab Perguruan Bahasa di Lembah Pantai pada 1964, saya masih ingat bagaimana kami dikerah menyertai kempen demi kempen Bahasa Kebangsaan di bawah bimbingan Tun Syed Nasir Ismail. Kami mengadakan ceramah, peraduan pidato, sajak patriot, penulisan rencana, cerpen dan novel. Pada 1964 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Akta No 32) baru setahun jagung dan peruntukan amat bersifat asas. Sejak itu akta penting itu dipinda empat kali, terakhir pada 1994.

Pagi ini, selepas luput 52 dua tahun Merdeka kita masih berada di DBP sambil mengulangi seruan lama, ungkapan lama dan mengamalkan perlakuan lama. Kita masih berkempen Bahasa Kebangsaan; kita masih mengeluarkan dengusan dan kadangkala kata perli dan sinis kenapa bahasa Melayu tak begitu dan tak begini. Kadangkala kita bersuara seolah-olah belum merdeka.

Sebenarnya kita pencinta dan pejuang bahasa sudah berjaya. Sudah ada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; sudah ada DBP dengan aktanya sendiri yang lebih perkasa dan lengkap; sudah ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yakni tahun lahirnya Malaysia. Sudah berjaya menyahkan PPSMI dan pelbagai kemajuan lain. Dan payung kuasa bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sedia terpampang pada Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

Saya menerima hakikat perjuangan bahasa Melayu kita belum selesai. Terlalu banyak hal dan perkara serta isu dan persoalan masih menghantui kita. Saya mengajak pejuang bahasa Melayu jangan bosan berjuang terus menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Sebenarnya tajuk bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan amat luas bidangnya. Ia bukan benda yang jika dilipat sekecil kuku. Ia adalah hal ehwal yang jika dibentang seluas alam. Justeru, jika alam yang hendak diterokai bersama, kita perlukan beberapa peralatan dan kaedah yang harus dipunyai setiap kali kita melaungkan bahasa jiwa bangsa.

Saya lega kerana pada 7 Oktober lalu, Jemaah Menteri membincang dan menghalusi beberapa perkara dan amalan seharus diberi tumpuan.

(a) Pertama Jemaah Menteri mengakui pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam Bahasa Kebangsaan termasuk ketika mengadakan mesyuarat rasmi yang menyaksikan anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan.

(b) Setiap kementerian dan agensi kerajaan digalakkan menggunakan Bahasa Kebangsaan seluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.

(c) Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu khususnya oleh pihak swasta yang masih jauh kebelakangan dalam usaha penggunaan Bahasa Kebangsaan.

(d) Kabinet mengambil perhatian bahawa, mentang-mentang ada beberapa kerat warga asing di sesuatu forum atau persidangan diadakan dalam negeri, pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris.

(e) Diperhitungkan bagaimana Bahasa Kebangsaan kita boleh dijadikan sebagai saluran perpaduan dan komunikasi agar gagasan 1Malaysia lebih mudah dijayakan bersama oleh semua kaum.

(f) Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diarah menyusul semua isu dibangkitkan pada mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita negara bangsa dapat dijayakan.

Kesimpulannya kedua-dua kementerian itu kini ditugaskan supaya menyusul perkara berkenaan dan merealisasikan beberapa objektif dan matlamat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebenarnya. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya sedang meneliti keputusan Jemaah Menteri itu agar perjuangan Bahasa Kebangsaan kita tidak lagi dalam keadaan terumbang-ambing atau merayu-pilu setiap kali kita berusaha memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu dan penggalas gagasan 1Malaysia.

Malah satu daripada kejayaan melalui perjuangan gagasan 1Malaysia bergantung banyak kepada setakat mana warga Malaysia sendiri sanggup menghormati serta mengamalkan Bahasa Kebangsaan kita. Alhamdulillah, sekarang dengan dorongan kabinet itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dan saya akan bertungkus-lumus menggerakkerjakan langkah utama ke arah mengutuhkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan Bahasa Kebangsaan.

Pada saat ini pun saya amat sedar kontroversi PPSMI berkaitan tempoh pemberhentiannya; saya menggolongkan diri saya kepada kumpulan yang sangat mahukan PPSMI itu diganti secepat mungkin dengan aliran penggunaan bahasa Malaysia dalam pembelajaran Sains dan Matematik seluas mungkin sebagai bahasa ilmu, di samping mengalu-alukan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai subjek berasingan yang dipupuk terus-menerus dari awal persekolahan.

Kita harus menyebut kembali kelengkapan dan kaedah yang diperlukan. Kita perlu mengenal apa masalah pokok yang berada di tengah masyarakat Malaysia hari ini. Penelitian isu bahasa akan menunjukkan tidak kurang 10 perkara pokok yang kita perlu cari penyelesaian segera dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa Malaysia:

1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan harus diterima sebagai alat utama nasional dan kenegaraan bagi membina negara bangsa yang paling berkesan. Semua sistem pembelajaran, komunikasi perdagangan, sosial dan politik harus mengutamakan penggunaan bahasa Kebangsaan.

2. Pengistilahan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan bahasa Kebangsaan harus tidak dipertikaikan dari segi penggunaan bahasa kerana matlamat murninya ialah menyatukan, menghasilkan kekitaan bagi Malaysia, sekalipun penggunaan istilah bahasa Malaysia itu tiada dilazimkan dalam perundangan.

3. Pentingnya Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Bahasa ilmu tidak boleh diwujudkan hanya dengan laungan dan sebutan dasar. Kerja menterjemah buku ulung dunia harus diselenggara secara bersungguh-sungguh. Pelajar kita harus diajar bagaimana menjawab melalui bahasa huraian dan bukan melalui jawapan objektif dengan mengisi kotak soalan.

4. Kempen bahasa serta penulisan buku fiksyen dan bukan fiksyen harus melibatkan sebahagian besar warga penulis dari kalangan bukan Melayu supaya mereka berkemampuan mempengaruhi kaum masing-masing turut cergas dalam penulisan dan pembacaan buku bermutu.

5. Bahasa Melayu harus diupaya sebagai bahasa swasta terutama dalam bidang dagang dan kegiatan komersial; bidang perbankan, perundangan, insurans dan komunikasi formal secara lebih meluas.

6. Latihan pertuturan dan komunikasi tinggi harus diajar dan dipelajari secara profesional. Ia penting kerana tanpa keupayaan berhujah dan berkomunikasi dengan baik dan meyakinkan dalam bahasa Malaysia cita-cita tinggi Bahasa Kebangsaan tidak sampai jauh.

7. Penyebarluasan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia di kalangan negara Asean penting diberi perhitungan segera memandangkan penggunaan bahasa sama di Indonesia dan di beberapa wilayah Thailand dan Filipina.

8. Kerajaan dan swasta harus ada peta jalan bahasa Malaysia yang saling membantu di samping penggunaan bahasa Inggeris yang berupaya tinggi.

9. Membuang sikap kerendahan diri apabila berbahasa Melayu.

10. Negara kita harus mempunyai jurusan pembudayaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menarik yang bersifat wajib.

Marilah kita bersama menggunakan kunci yang sudah lama hilang atau dihilangkan itu untuk membuka lembaran dan vista baru tamadun di tanah air tercinta ini. Kunci itu ialah bahasa. Ia sudah diwujudkan sejak 1963 yakni seusia dengan Malaysia. Kali ini jika kita tidak juga mengerti bagaimana hendak cermin diri, kita akan dilupai zaman dan zuriat kita sendiri.

::sumber-BERITA HARIAN 291009::

post signature
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Rabu, 21 Oktober 2009

::http://efisyafiqah.blogspot.com::

~heeee maluuumalumalu.Terima kasih kepada pensyarah tersayang BMP 3033 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER Kolonel Hamid Awang krn sudi memilih blogku ini sebagai salah satu bLOg terbaeekk.terbaek ke??ntahlaa.bahasa banyak tunggang langgang.PepOn terima kasih yang tak terhingga ak ingin ucapkan kepada cikgu Hakim[blOg beliau] super seniOr kami yang sudi melayan karenah kami semua sepanjang berada di makmal kOmputer. Beliau banyak membantu kami dalam tugasan menyiapkan bLOg ini.[Skema punya ucapan.Ucapan ni dah lama ak buat sbb takut2 kena berucap.kah kah kah pOyO bukan?xla gurau ja]

~Macam Fauzi cakap semasa wt ucapan aritu.erkk ucapan yg kedua ea lepas tersalah teks ucapan.hahaha sumpah kelakar.tapi biasala mna da manusia sempurna....Petik sikit pe yang dia cakap......"diharapkan dengan kelahiran 130 bLog pelajar bM,kita semua dapat bertukar-tukar pendapat mengenai PnP bM sehinggalah kita mengajar kelak.bla...bla..bla....."Begitu juga harapan dari diriku.

~Hurmm ramai gak yang tanya ak dapat adiah apa..ak cakaplah cikgu Hamid bank in duit 500 ke dalam akaun bank ak.Tapi ramai yang tak percaya.Ak kan sentiasa serius dalam kehidupan ini.Jadi percayaalaahhhh.Opps tak lupa jugak kepada kawan-kawan yang ucapkan tahniah.trimass.muah2.hak3.geliii

[Terima kasih kepada tukang amik gambar ini..anda memang berbakat=).UPSI tolong tukar pintu itu.sedikit cacat ak melihatnya....]

:pompom:
Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Isnin, 19 Oktober 2009

::laptOp agak tenat =( ::

~maaf la kalau tulisan di bLOg ini sudah lama tidak dikemaskini.laptOp ku sakit.kadang-kadang agak tenat.Dia akan menjadi keras cam air batu.Hati ak mendidih cam air panas.Kalau kesabaran ak ni amat tipis dah lama ak baling dari tingkat 3 umahku ini.Tapi pikir punya pikir kalau ak baling laptop neyh..camne ak nk main masak2 kat fesbuk.nak berkebun pOn xley.Jadi ak pOn batalkan niat itu.Kadang-kadang sebelum tidO ak berangan-angan jugak mau beli laptOp baru.Dapat yang sebijik macam nadia@buaya..eyh kuya pOn dh ok.Dell putih bersih.Lawa jugak.Tapi sape nak bagi??angan-angan boleylah..

~Walaupun hati mendidih tapi ak sayang gila2 sama ini laptOp.Dah banyak jasa dan sumbangan yang disumbangkan.Kalau pasal tugasan tak payah cakaplah.keybOard ni je yg paham betapa sakitnya dia setiap kali ak tergesa-gesa membuat tugasan di saat akhir.Maafkan ak ea sayang.nerdSkrin laptOp ak plak dah berbulan berbedak putih.Penuh dengan debu.hurmmm bukan ak tak mahu lap tapi tisu xde.Sok ak janji akan beli satu paket tisu dan buang bedak yang bertempek kat skrin neyh.Pastu pakaikan bedak maybeline cina lak.letak lipstik evOn jugak(tau eja AVON.kang ckp ak bodoh lak).Tetikus plak dah masuk 3 kali bertukar.mula2 dapat percuma.free gift tauke cina bagi tyme beli laptOp.Tak lawa langsung.Tapi masa tu baru sem 1.Guna jelah kan.Pastu rOsak sebab ak pOn x ingat kenapa.Beli plak yang baru masa sem3.Masa tu tengah gila dk men game.sebut je game apa.semua ak men.Zuma pejam mata pOn ak leh main skang neyh.Tapi tak akn lepas pentas(stage) satu laa.Rosak plak tetikus yang kedua.Sem neyh beli plak satu.Bajet mau guna untuk men game kat fesbuk.Alhamdulillah termakbul gak bajet tu.Licin je tetikus ak bergerak tuk men masak2 kat sana.Tapi yang mendidihnye asyik HANG!!!!!!!ahhh sabar sudah

~Kesimpulannya sebab tu la ak lama x kemaskini blOg sbb ak asyik buka fesbuk eyh tak2 laptOp ak selalu hang...Tapi sumpah ak amat sayang laptOp ak neyh sebab dia amat cunnn..heee~ daaaa

nnty saya letakla pasal PnP bahasa Melayu.Dah lama x mengOogle.


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Khamis, 1 Oktober 2009

::.air mata darah??.::


Fenomena pelik remaja titis air mata darah

CALVINNO Inman, Twinkle Dwivedi dan Rashida Khatoon tidak mengenali satu sama lain, tetapi remaja dari India dan Amerika Syarikat ini berkongsi satu masalah penuh misteri yang membingungkan ramai iaitu mereka mengalirkan air mata darah.

Inman, dari Tennessee, menjadi ‘mangsa’ terbaru masalah misteri itu dan penderitaannya itu menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan media antarabangsa, akhir bulan lalu.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan tidak dapat mengawal mengalirkan air mata darah sehingga tiga kali sehari dan berlanjutan selama 15 minit sehingga sejam!
etika ramai kagum dengan keadaan dirinya, tetapi tidak ramai yang menyedari masalah itu jelas mengganggu kehidupan Inman. Malah, beliau sering disindir rakan-rakannya yang melabelkannya sebagai kerasukan atau kesakitan setiap kali air mata darahnya mengalir.

“Kadang-kadang saya dapat rasakan ia keluar, sama seperti air mata. Saya berasakan mata saya berair. Kadang-kadang, mata saya terlalu sakit seolah-olah mahu tercabut,” katanya kepada stesen ABC News, baru-baru ini. Ibu Inman, Tammy Mynatt, yang bimbang dengan keadaan itu berkata, beliau sudah membawa anaknya menjalani pemeriksaan MRI, imbasan CAT dan ultra bunyi serta mengadakan temujanji dengan pakar. Sayangnya, di negara maju seperti Amerika sekali pun, tiada seorang doktor yang dapat mengenal pasti punca keadaan Inman. Malah golongan pakar perubatan turut bingung dengan keadaan itu.

Mynatt menceritakan detik-detik bagaimana beliau menghubungi talian 911 apabila kali pertama anaknya menitiskan air mata darah itu.

“Perkara paling menakutkan dalam hidup saya ialah apabila beliau memandang dan bertanya, ‘Mak, apakah saya akan mati?’ Pertanyaan itu amat menusuk hati kerana sebagai ibu saya cuma mampu memerhatikan tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Pakar Oftalmologi, Dr Rex Hamilton, berkata remaja itu mungkin menderita keadaan yang digelar Haemolacria atau ringkasnya ‘air mata darah.’

“Ia cuma perkataan menggambarkan manifestasi air mata darah. Ia tidak menyebut apa-apa mengenai puncanya dan terjadi satu dalam sejuta orang,” katanya.

Tidak kurang pula yang mengaitkan masalah itu dengan kecacatan saluran air mata dan ketumbuhan dalam otak, biarpun ia kekal andaian kerana tiada sebarang bukti perubatan bagi menyokongnya.

Apa yang pasti, keadaan Inman menyamai penderitaan ditanggung Rashida Khatoon, remaja dari Patna, di timur laut India. Seperti juga di Amerika, pakar perubatan India juga tidak mempunyai sebarang jawapan di atas penderitaan gadis itu.

“Saya tidak berasa sakit apabila titisan air mata darah itu keluar. Tetapi tergamam juga melihatkan air mata darah yang mengalir dan bukannya tangisan biasa,” kata Rashida.

Jika Inman dituduh kerasukan, Rashida sebaliknya dipandang mulia penganut Hindu yang menganggap dirinya satu keramat. Mereka sanggup ke rumahnya untuk mendapatkan restu serta memberi hadiah kepada Rashida dan keluarganya.

Seorang lagi remaja India, Twinkle Dwivedi, 13, pula kehilangan darah menerusi kulitnya, termasuk mata tanpa mengalami luka atau calar.

Malah dia terpaksa menjalani pemindahan darah apabila ia keluar menerusi mata, hidung, garis rambut, leher dan tapak kaki. Ada kalanya, keadaannya teruk apabila bangun dengan keseluruhan tubuhnya diselaputi darah kering. Penderitaan Dwivedi sebaliknya dipandang serong oleh penduduk kampung yang percayakan beliau disumpah dan menjerit kata-kata menghina gadis itu.

Keluarganya yang bimbang sudah mendapatkan bantuan daripada ramai doktor selain pemimpin agama pelbagai agama tetapi menemui jalan buntu.

“Saya amat terdesak untuk membantu anak saya. Kami tidak percayakan perkara tahyul tetapi amat terdesak. Kami sudah ke kuil, masjid, gereja tetapi tiada apa dapat menyembuhkan anak saya,” kata ibunya, Nandani, 42.

Pakar perubatan India kini percaya keadaan Dwivedi adalah versi teruk masalah platelet darah yang jarang berlaku dan tidak dapat mencari penawar.

Di Malaysia juga tidak terkecuali digemparkan berita hampir sama kira-kira 24 tahun lalu apabila akhbar melaporkan kanak-kanak yang ketika itu berusia 10 tahun, Yogalingam, dari Perak, mengeluarkan benang daripada matanya.

Selama hampir dua minggu, gumpalan benang berterusan keluar menerusi matanya yang memaksanya ditahan di hospital lebih 10 hari. Kesengsaraan Yogalingam bermula dengan rasa gatal dan sakit pada matanya terutama di kelopak mata kanan. Ibunya, Letchumi, yang cemas dengan keadaan itu segera membawa Yogalingam ke hospital Ipoh. Doktor menemui gumpalan hitam pekat di kelopak mata Yogalingam dan apabila ia dikeluarkan hasilnya amat membingungkan doktor kerana ia adalah seutas benang.

Menurut doktor yang merawatnya, lebih 80 gumpal benang ditarik daripada mata kanan kanak-kanak berkenaan dan panjangnya mencecah enam hingga lapan sentimeter. Ia terus menjadi misteri apabila kajian di Makmal Direktorat Kimia Jabatan Kesihatan Malaysia, mengesahkan benang asli itu daripada serat kapas.

Tidak kurang menariknya kejadian aneh pada 2007 mengenai kemampuan gadis Melaka, Siti Suhana Saadon, mengeluarkan beratus-ratus bebola kecil berbentuk kristal dan permata pelbagai warna menerusi ibu jari kirinya. Sekumpulan pakar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melakukan kajian, mengesyaki bebola kecil warna jernih seperti kristal, guli dan hirisan kaca yang keluar daripada ibu jari kaki kiri gadis berkenaan hasil tindak balas enzim dan toksik dalam tubuhnya.

Namakan ia apa saja - misteri, aneh atau pelik tetapi bagi umat Islam, keadaan itu tidak sepatutnya menghairankan sebaliknya menjadi sumber kekaguman kepada kebesaran kuasa Allah.

'Fenomena aneh tak dapat diterokai akal'

APAKAH mungkin kejadian air mata darah itu dibuat-buat? Atau mungkinkah ini disebabkan virus tertentu yang menyebabkan pendarahan berlaku?

Namun, bagi Pengerusi Persatuan Oftamologikal Malaysia, Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau bersetuju dengan pandangan pakar antarabangsa yang kejadian tangisan darah ini sememangnya satu misteri perubatan yang belum terungkai lagi, biarpun dunia menyaksikan pelbagai perkembangan teknologi perubatan serba canggih.

Ini kerana hakikatnya, biar cerdik mana dan pencapaian manusia, masih ada bidang yang belum dapat diterokai kemampuan akal dan tinggal fenomena aneh yang tiada jawapannya.

“Secara jujurnya, saya katakan keadaan itu adalah satu misteri kerana saya tidak pernah berdepan perkara itu sepanjang 18 tahun menjadi pakar mata. Saya memandangnya sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

“Manusia, walaupun berkelayakan sebagai doktor tidak dapat menandingi kuasa Allah SWT. Ilmu kita amat terbatas sedangkan kuasa-Nya tidak terhad.”

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berdepan pengalaman merawat pesakit menghidap masalah misteri ini, Dr Muhaya berkata, jika ada pun, ia membabitkan virus sakit mata.

“Kes pernah dikendalikan membabitkan air mata berwarna agak merah jambu yang disebabkan virus sakit mata. Simptomnya membabitkan mata bengkak dan membran yang apabila dibuang menyebabkan warna air mata berubah.

“Tetapi belum pernah saya berdepan dengan pesakit mengalirkan air mata darah. Jika pesakit menghadapi masalah platelet darah kurang sekalipun, pendarahan berlaku pada retina dan dia tidak akan mengalirkan air mata darah,” katanya.

Justeru, Dr Muhaya berkata, kejadian air mata darah itu sememangnya satu misteri.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan mengenai kes ini. Ia satu misteri bagi saya tetapi kita tidak boleh terus mengatakan ia dibuat-buat kerana keadaan itu mungkin satu petunjuk Allah SWT.

“Sekali lagi saya tegaskan kita manusia jangan sombong kerana pengetahuan kita amat terhad. Perkara seperti ini pun sudah cukup membingungkan kita,” katanya.

Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

::apa kata anda.::


post signature


Rajin-rajinlah meninggalkan jejak atau kOmen yang boleh memberi manfaat.kOmen berbentuk lucah.ganas dan sesaudara dengannya diHARAMkan sama sekali!Anda memang wangiilaah kalau rajin mengOmen setiap entri saya.

Blog Widget by LinkWithin